kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Friday, December 18, 2009

APMM @ AGENSI PENYELUDUPAN DAN MADAT MALAYSIA?


PDF Print E-mail
Written by Admin
Friday, 18 December 2009 19:10


Oleh: HAFIZ JAMAIL

PENANGKAPAN seorang pegawai APMM, Lt. Madya (M) Mohd Khair Baharom dan pegawai bawahannya, Bintara Muda Tadza Mustafa oleh Anti Narkotik Polis DiRaja Malaysia di atas Kapal KM Bangi yang ketika itu di bawah pengawasan Komander Vincent Rajamoney; mengejutkan semua pihak dan mencalarkan imej APMM sebagai salah satu Agensi Pemantauan termuda yang ditubuhkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Sabahkini.net sebelum ini hanya menyiarkan nama samaran, termasuk nama kapal yang dibuat secara rambang, namun surat APMM mendedahkan segala yang tersembunyi selama ini, terutama ‘perakuan’ penangkapan kedua personel APMM dibuat berhampiran Kampung Lokub, Sandakan.

Walaupun APMM telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Sabahkini.net melalui surat yang disiarkan di laman web ini, namun APMM ‘gagal menegakkan benang yang basah’ kerana ternyata Lt Madya (M) Khair Baharom yang sebelum ini ditukarkan 24 jam ke Kuala Perlis telah digantung kerja sejak pendedahan dibuat Sabahkini.net dan siasatan mula dijalankan PDRM yang sebelum ini hanya mendiamkan perkara ini.

Khair yang berasal daripada Pulau Pinang juga merupakan Bekas pegawai rendah TLDM. Sebelum diterima sebagai anggota TLDM, Khair adalah budak nakal yang terlibat dengan kegiatan samseng seperti gemar meminum arak, berjudi dan clubbing.

Walaupun Khair berumah tangga, namun isterinya yang berpangkat Leftenan sentiasa jauh di mata kerana bertugas dengan TLDM di Lumut Perak sehingga Khair menghabiskan masanya di Kelab Malam dan di Kelab Persendirian yang menawarkan Judi Jackpot.

Akibat tabiatnya yang suka berjudi ‘Jackpot’ dan berfoya-foya di Kelab Malam, Khair terpaksa berhutang dengan Along atau Ceti haram yang kemudiannya memerangkap Khair melalui profesi dan kekebalan APMM untuk menyeludup dadah bagi membayar hutangnya kepada Along.

Mengikut maklumat yang diterima daripada Sindiket Along, sebelum ditangkap dengan Syabu di dalam milikannya di atas Kapal KM Bangi, Khair telah berhutang RM80,000 dengan seorang Along yang turut menjalankan kegiatan pengedaran Syabu di Sandakan.

Manakala Bintara Muda Tadza Mustafa yang turut bersubahat dengan Khair masih dibenarkan bekerja dengan APMM tetapi ditukarkan ke APMM Langkawi dengan alasan beliau hanya menurut perintah pegawai atasannya.

Tadza yang kini bertugas di APMM Langkawi, sebelum ini adalah Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tidak berdisiplin dan memerlukan pengawasan yang ketat tetapi di’faraid’kan secara silap kepada APMM yang dipaksa menerima lambakan ‘pegawai sampah dan rombengan’ daripada TLDM tanpa saringan yang ketat sehingga Tadza menjadi personel pemalas dan selalu ponteng kerja.

Akibat ketagihan Syabu, Bintara Muda Tadza Mustafa menderita penyakit ‘facial paralysis’ namun APMM masih memberi ‘suaka’ kepada ‘Penagih Dadah’ ini pakaian seragam APMM yang sekaligus mencemar imej APMM sebagai Agensi Penguatkuasa yang paling banyak mendapat publisiti dan merekodkan kejayaan cemerlang.

Bak kata pepatah Inggeris, “denial is the escape route”, Sabahkini.net menerima cabaran APMM untuk membuktikan bahawa laporan Sabahkini.net adalah berasaskan fakta dan bukti yang hanya akan didedahkan di mahkamah jika APMM mengheret portal ini berperang di Mahkamah Undang-Undang.

APMM lupa bahawa ‘Syabu’ adalah realiti di Sabah dan bukannya fantasi kerana kanak-kanak sekolah yang berada di tahun dua pun tahu di mana Syabu dijual dan di mana boleh membeli Syabu.

Selama ini Anti Narkotik PDRM tidak pernah membuat saringan air kencing di kalangan kakitangan penguatkuasa termasuk APMM, Polis Marin dan sebagainya sekalipun golongan ini sebenarnya adalah berisiko tinggi kerana kebanyakannya mengambil dadah semudah menghisap rokok.

Sabahkini.net juga dimaklumkan bahawa fail kedua personel APMM yang terlibat dengan sindiket dadah berkenaan telah ‘diterbangkan’ ke Putrajaya untuk menutup kes berkenaan yang menghakis imej Timbalan Perdana Menteri.

Pada tahun lalu, Sabahkini.net menerima maklumat daripada Polis Labuan, seorang pegawai APMM ditangkap bersama beberapa kilogram pil kuda bersama teman wanitanya, namun kes berkenaan ditutup begitu sahaja; namun kes isterinya seorang jururawat memfailkan cerai fasakh menjadi bualan ramai di Labuan.

Insiden ini sekaligus memberi tamparan yang hebat kepada APMM yang dikawal selia oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sebelum ini dua buah kapal APMM, KM Ikhlas dan KM Berani terlibat dengan Skandal Mencuri dan Menyeludup Keluar Minyak untuk dijual di pasaran gelap melalui Pangkalan tentera Laut DiRaja Malaysia di Teluk Sepanggar.

Mengikut maklumat daripada Unit Risikan TLDM, yang dipercayai sebagai sumber sah, KM Berani dan KM Ikhlas telah digunakan untuk menyeludup keluar minyak diesel milik APMM yang dibeli untuk tujuan rondaan ke pasaran gelap dengan harga yang murah iaitu RM1.80 seliter.

Belum ada sebarang tangkapan dibuat walaupun laporan rasmi telah dikemukakan Unit Risikan TLDM setelah mengenalpasti, dua buah kapal berkenaan memuat lebih kurang 180,000 liter minyak diesel dan KM Ikhlas siap sedia untuk belayar ke perairan antarabangsa untuk memunggah minyak diesel berkenaan.

Pemantauan yang dilakukan oleh krew Sabahkini.net di Pelabuhan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar mendapati; modus operandi Sindiket yang diketuai oleh Pengarah Pentadbiran APMM, Cik Nurlianeh Tamsir, 32, menggunakan lori tangki SP Satria Logistik iaitu anak syarikat Sabah Ports yang mengangkut minyak diesel berkenaan selepas waktu kerja ke Pangkalan TLDM Sepanggar.

Siasatan Sabahkini.net mendapati minyak diesel yang diseludup keluar ini dibeli oleh Kerajaan untuk tujuan rondaan berkala daripada Petronas dan dibekal melalui lori SP Satria Logistik kerana Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) yang ditandatangani Pengarah APMM.

Namun tidak dapat dikenalpasti apakah Pengarah APMM terlibat atau tidak atau turut bersubahat dengan sindiket berkenaan yang diketuai oleh orang kepercayaannya, Nurlianeh yang menggunakan dua kapal APMM iaitu KM Ikhlas dan KM Berani yang hanya beroperasi di Kawasan Kota Kinabalu sebagai ‘logistik menghalalkan rasuah’.

Paling mengejutkan, Sabahkini.net mendapati KM Berani telah terdampar lebih tujuh bulan di Pangkalan TLDM kerana mengalami kerosakan. Persoalan yang perlu dijawab dan dicari oleh Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ialah kenapa LPO terus dikeluarkan untuk membeli minyak KM Berani sedangkan kapal berkenaan tidak boleh belayar?

Mungkin tiba masanya, APMM mengikut langkah penjenamaan semula MACC daripada Malaysia Anti Corruption Commission kepada Malaysia Anti Car and Cow dalam kes di Selangor; iaitu daripada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia kepada Agensi Penyeludupan Minyak dan Pengedaran Madat (Dadah) Malaysia?


dipetik daripada:http://www.sabahkini.net/

Saturday, December 12, 2009

7 Tip Jantung Sihat

1. Ketahui Sejarah Keluarga Anda

Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.



Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.

Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.

2. Di Meja Makan

Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.

Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol dan darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.

3. Serat Larut : Senjata Rahsia Anda

Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.

Ia kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda. Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda.

Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.

Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.

4. Mengawal Tekanan Darah

Tahukah anda bahawa hanya 6 daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut!

Periksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.

5. Awasi Berat Badan

Lakukan senaman selama sekurang-kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.

Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.

6. Berhenti Merokok

Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.

7. Jangan Lupa Berjumpa Doktor!

Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan juga diabetes

Dapatkan info berkenaan kesihatan di http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/

Friday, December 11, 2009

Email Daripada Seorang Sahabat


Catatan ini saya terima daripada seorang sahabat..


SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
p/s: terima kasih kepada sahabat yang sudi mengirimkan catatan ini.