kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Thursday, February 25, 2010

46 TAHUN MERDEKA TAPI MINUM AIR BUKIT?


PDF Print E-mail


Saudara Pengarang,

KAMI penduduk Kampung Kapa, Tamparuli, sering mengalami masalah air sepanjang tahun terutama pada musim kemarau. Walaupun kerajaan BN telah memerintah Sabah sejak sekian lama, namun bekalan air bersih dari Jabatan Air belum sampai ke Kampung.

Kami terpaksa turun ke Sungai Tamparuli untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan seharian. Sehingga kini hanya satu lokasi di kampung menjadi tumpuan penduduk mendapatkan air bersih (bekalan air graviti) iaitu di tepi jalan berhampiran Kuari Batu di Kampung Kapa.

Penduduk tidak tahan lagi menanggung penderitaan seperti ini setiap tahun seolah-olah kami tidak mempunyai kerajaan di Sabah. Sehubungan itu, kami menyeru supaya pihak yang bertanggung jawab.dapat dihubungi untuk menjelaskan masalah ini.

Mana janji BN setelah menang pada pilihanraya lepas. Air dari sungai Tamparuli telahpun sampai ke Kota Kinabalu yang berpuluh kilometer jauhnya, tetapi kenapa pula kampung kami tidak mendapat bekalan air bersih sedangkan hanya terletak beberapa kilometer dari Loji Rawatan Air Telibong.

Sabahkini.net, tolong kami menyuarakan masalah yang membelenggu kami selama ini agar dapat menghirup air bersih daripada loji yang dibina dengan cukai yang kami bayar kepada kerjaan 1Malaysia!

Wakil penduduk kampung Kapa, Tamparuli.

JAESMAN @ JAESS GIPIN