kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Friday, May 28, 2010

PENGUMUMAN RASMI PBS-PENAMBAHAN KEAHLIAN


PDF Print E-mail
Dipetik drp sabahkini
Friday, 28 May 2010 10:09

PERSATUAN BLOGGER SABAH (PBS) mengalu-alukan agar semua blogger di Sabah bernaung di bawah persatuan ini bagi membolehkan latihan sempurna diberikan dan Akademi Blogger ditubuhkan untuk berganding bahu memaju pembangunan Negara melalui alam myra. Pastikan blog anda boleh dilayari, jika tidak data anda akan dipadam dan terpaksa mendaftar semula. Tarikh Tutup pendaftaran ialah pada 31 Ogos 2010 sebelum Perhimpunan Agung Blogger Sabah akan diadakan pada 16 September 2010. Hanya mereka yang diterima menjadi ahli sahaja yang layak memilih atau dipilih mengganggotai jawatankuasa PBS bagi sesi 2010-2013. Laman Blog Porno dan Dakyah Agama (Selain Islam) adalah DIHARAMKAN! Semua Ahli PBS dibenarkan menghantar artikel mereka untuk di siarkan di Sabahkini.net

Wednesday, May 26, 2010

SYARIKAT KRONI "MENTERI" DIDAKWA MONOPOLI BENIH PADI

DIpetik dari Suara Keadilan Online


Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 25 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Swee Lim mendakwa dua buah syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memonopoli bekalan benih padi menyebabkan beban harga kepada golongan petani.

Sehubungan itu petani yang marahkan kegiatan tidak bermoral dua buah syarikat tersebut akan mengadakan protes di kilang BERNAS Sekinchan terhadap Beras Padi Nasional bagi menyatakan bantahan mereka.

Menurut Swee Lim yang dihubungi Suara Keadilan harga padi musim ini merosot secara mendadak daripada RM1,380 setan kepada RM1,150 setan.

"Harga pasaran beras di kedai runcit dan pasar raya tidak turun tetapi Bernas membeli padi daripada petani di sini dengan harga yang murah.

"Di sini, Bernas adalah satu-satunya agen yang dibenarkan oleh kerajaan, jadi petani tidak mempunyai pilihan.

"Tahun ini, Bernas mengimport beras dengan harga yang lebih murah menyebabkan harga padi yang dibekalkan petani kepada Bernas merudum," kata beliau.

Tambahnya, tindakan syarikat tersebut membuat golongan petani tertekan kerana terbeban dengan harga padi yang lebih tinggi pada tahun lepas.

Swee Lim juga mendakwa tindakan Noh yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang memberikan kuota hak benih padi kepada syarikat kepunyaan kroninya juga mendatang kemarahan petani.

Dua syarikat ialah Haji Mat Nor Sendirian Berhad (Ahli Jawatankuasa Umno Tanjung Karang) dan Kejora Desa Sendirian Berhad (rakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin).

"Sebelum ini dua syarikat tersebut diberikan 5,000 tan benih tetapi selepas Noh dilantik sebagai menteri, mereka diberikan 17,000 tan sedangkan kapasiti benih padi yang mampu mereka hasilkan hanya 5,000 ke 6,000 tan padi sahaja," kata beliau.

Swee Lim berkata demonstrasi itu juga akan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meminta Noh meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani kerana didakwa telah menyeleweng kuota benih padi serta tidak menjaga periuk nasi petani yang bergantung kepada hasil penjualan padi kepada Bernas.

Seramai 300 orang petani dijangka akan menghadiri bantahan tersebut.