Perantau Senja
widgeo.net
kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.
widgeo.net
Sunday, May 13, 2012
Hampir Tiba Pilihan Raya
Paluan gendang pilihanraya telah kedengaran.Panji-panji parti mula tumbuh terpacak di sana-sini.Walaupun Parlimen belum dibubarkan,bahang pilihanraya telah dirasai.Siapa bakal menerajui negeri Sabah jadi tandatanya.Masing-masing menyatakan parti merekalah yang akan menang.Bagi saya,secara peribadi tidak berani menyatakan parti mana akan menguasai Sabah.
Ramai berpendapat pilihanraya kita adil dan telus tetapi sejauh mana kebenarannya.Hasil pemerhatian saya,parti kerajaan yang memerintah mempunyai kelebihan mengguna pakai semua saluran yang ada seperti radio,tv dan agensi-agensi kerajaan.Rakyat terus disuapkan dengan info-info yang berat sebelah,yang mengagung-agungkan parti
kerajaan yang memerintah(BN). Mediamasa dan agensi kerajaan digunakan bagi memastikan kemenangan seolah-olah semuanya milik parti UMNO/BN,walhal semua itu milik rakyat dan kerajaan yang memerintah hanyalah selaku pentakbir yang dipilih melalui pilihanraya.Propaganda UMNO/BN sememangnya berjaya kerana pernah saya dengar seorang bekas kakitangan awan yang telah berpencen berkata “kalau BN kalah siapa mahu bayar kami punya pencen”.Kasihan orang tua tu,mungkin selalu menghadiri kursus prokerajaan agaknya sehingga lupa memikirkan benda yang cukup mudah.
Projek-projek mi segera pun timbul memeriahkan lagi susana pilihanraya.Tiba-tiba saja jalan kampung beraspal walaupun kualitinya teruk (bolehlah guna setahun dua),maklumlah projek sekadar gula-gula pilihanraya.Kontraktor pelaksana pula
bukan orang lain saudara juga
.Kalau pembangkang mengatakan projek tersebut rasuah,melenting dan berbuih mulut orang BN menafikan.Tetapi hakikatnya mereka sendiri pun menyedari hal tersebut.Tapi buat-buat tutup matalah,yang penting masyuk.Berebut-rebutlah ketua daerah
mengundi
dan Ketua Cawangan megagihkan sedikit habuan kepada para pengundi kawasannya,tetapi lebih banyak habuan masuk ke poket sendiri..kalau ditanya orang kampung seratus- peratus akan menyatakan benar.
Keluarga saya mula terlibat dengan UMNO apabila parti itu mula melebarkan sayapnya ke Sabah dan USNO tutup kedai.Rata-rata orang UMNO Sabah dahulu adalah bekas ahli USNO.Banyak perkara yang saya fahami dalam UMNO.Pernah dalam satu pilihanraya beberapa tahun yang
lepas,saya
melihat wang tunai jutaan ringgit dalam sebuah beg yang digunakan sebagai “bom malam sebelum mengundi”.Orang-orang Umno kena terima hakikat ini dan jangan dinafikan.Biasanya pengagihan bom malam sebelum mengundi dilakukan oleh
Ketua Bahagian,Setiusaha Bahagian atau calon melalui agen-agennya dan Ketua Daerah Mengundi.Politik wang adalah seperti perkara biasa dan menjadi amalan dalam UMNO walaupun pernah di bahaskan dalam perhimpunan agong UMNO.Masa itulah para kroni,pengampu,buaya-buaya senyum sampai ke telinga..ada masyuk.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)