kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Thursday, April 19, 2012

Jalan-jalan Cari Makan

oleh:Omar Dani

  Berapa ramaikah antara kita menyedari perkara ini?Mungkin sudah jadi kebiasaan kita warga Sabah kurang perihatin dengan kelemahaan ini,menyebabkan pihak yang berkenaan pun ikut rentak buat-buat tidak tahu.Mungkin juga di Sabah  tiada Karam Singh Walia hendak memantun pihak berkenaan.Apa yang saya perkatakan di sini adalah berkenaan lampu jalan.Rata-rata lampu jalan lebih kepada perhiasan disiang hari.Tegak berdiri umpama tunggul,menjadi tempat burung bertenggek dimalam hari.
  Apakah tujuan lampu jalan dipasang,bukankah untuk menerangi kawasan tersebut diwaktu malam? Kos membuat lampu jalan bukanlah sedikit belanjanya.Kalau kita berjalan sekitar Kota Kinabalu,Penampang,Putatan,Sabindo,Kimanis,Membakut dan Beaufort,banyak projek baru melibatkan pemasangan lampu jalan.Dengan adanya lampu jalan menerangi persimpangan dan jalan mungkin dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan kemalangan diwaktu malam Tetapi tiada maknanya kalau tidak berfungsi,hanya sekadar perhiasan dan lubuk cari makan kepada kontraktor bukan orang lain saudara juga .
  Kebanyakkan lampu jalan tidak berfungsi kerana tidak diselengara dengan sebaiknya.Faktor lain pula adalah disebabkan pemasangan dan pendawaian yang tidak mengikut standard serta prosuder yang sepatutnya terutama sekali kabel yang ditanam  menggunakan amored cable.Setiap amored cabel yang ditanam hendaklah melalui proses pengujian menggunakan mega tester bagi mengesahkan penebat kabel yang ditanam tidak luka bagi mengelakan ditembusi air dan dalam keadaan baik.Begitu juga dengan penyambungan yang tidak ketat.Akan tetapi kebanyakkan kontraktor yang terbabit tidak melakukan proses tersebut.Kebiasaannya pemantau projek daripada pihak berwajib tidak menghiraukan itu semua,yang penting dapat tv LCD dan peti sejuk besar yang boleh muat satu keluarga kalau masuk dalam.

Monday, April 16, 2012

Sabah Tanah Airku

oleh:Omar Dani

  Pengalaman bermastautin di semenanjung selama hampir 15 tahun amat bermakna dan berharga.Kata orang jauh berjalan luas pemandangan bertambah pengalaman dan pengetahuan.Memang benar dan tidak perlu disangkal atau dipertikai.Setelah merantau begitu lama akhirnya saya kembali ke tanah tumpah darahku negeri Sabah.Kini hampir 3 tahun lebih saya menetap di Sabah bersama keluarga.Hasil pemerhatian saya selama tempoh tersebut,Sabah amat jauh ketinggalan dari pelbagai aspek seperti pendidikan,pembangunan infrastuktur,kemajuan ekonomi serta taraf hidup.Walhal politik Sabah boleh dikatakan stabil dengan penguasaan majoriti parti kerajaan yang memerintah (BN).Tambahan pula dengan sumber asli dan hasil bumi yang banyak,persoalannya kenapa dan mengapa Sabah menjadi negeri termiskin?
  Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.Pada era 70 an, Sabah merupakan negeri yang kedua terkaya di Malaysia, dengan KDNK per kapita di belakang Selangor. Walaupun ia kaya dengan sumber asli dan semulajadi, kini Sabah adalah negeri yang termiskin di kalangan negeri-negeri di  Malaysia..Pada tahun 2000,kadar pengangguran Sabah ialah 5.6 peratus, yakni yang tertinggi di Malaysia dan merupakan dua kali ganda purata nasional sebanyak 3.1 peratus. Tahap kemiskinannya sebanyak 16 peratus merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia, yakni lebih daripada tiga kali purata nasional. Sebahagian daripada masalahnya ialah pembahagian kekayaan yang tidak adil dan saksama.Perairan Sabah yang penuh dengan hasil petrolium disedut tetapi royalti minyak untuk Sabah hanyalah 5%.Perjanjian yang tidak adil dan berat sebelah serta menguntungkan pihak lain tetapi tidak perbaharui oleh pucuk pimpinan negeri Sabah yang lebih suka menjadi proksi Kuala Lumpur demi kepentingan periuk nasi masing-masing.
  Rakyat Sabah dibohongi dengan penyataan yang tidak tepat yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin parti kerajaan sebagai contoh "jalanraya di Sabah setaraf dengan di Semenanjung".Namun hakikatnya jauh panggang dari api.Jalanraya kita di Sabah masih ditahap lama.Kawasan selekoh pun tidak dipasang penghadang besi seolah-olah nyawa orang Sabah tiada harga.Kalau kita memandu dari Sepanggar ke Tuaran,kita akan terjumpa tanda jalan "Lebuhraya Sulaman" tapi keadaan jalan tidak ubah seperti jalan kampung dari Ipoh ke Lumut dan jauh lebih baik serta selesa .Saya rasa hampir termuntah semasa membaca tanda jalan Lebuhraya Sulaman.Bagi saya ini lebih kepada pembohongan nyata.Begitu juga jalan-jalan lain di Sabah.Rata-rata pemimpin kita sememangnya kaya-raya dengan ladang sawit yang luas.Menggunakan kereta pacuan empat roda (4wd) dengan suspensen yang cukup baik sehingga tidak menyedari keadaan fizikal jalan yang amat teruk.Penyelengaraan jalan oleh syarikat kroni,dengan kualiti yang terhasil dari metaliti ungkapan "bukan orang lain,saudara juga".Masih terdapat banyak jalan-jalan kampung yang tidak terbela dan perlu perhatian bagi menjana ekonomi setempat.Apakah menunggu detik pilihanraya agar boleh menabur janji sekali lagi atau dapat buat projek mi segera untuk kroni dengan peruntukan mengejut?
  Saya berkerja sendiri dan sering bertemu serta bergaul dengan perbagai golongan lapisan masyarakat.Bermacam-macam keluahan daripada orang kampung saya dengar terutama sekali masalah kenaikan barangan.Tugas KPDNKK menggubal dan mengkaji dasar berkaitan perdagangan dalam negeri, memantau harga barang-barang perlu dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi mewujudkan suasana perdagangan dalam negeri yang sihat.Sejauh mana pemantauan dan penguatkuasaan KDNPKK berkesan dan releven?Harga beras Nasional boleh mencecah sehingga RM 21.Belum diselidik lagi barangan kawalan dan runcit yang lain.Mungkin kakitangan KPDNKK Sabah terlalu selesa kerana kurang aduan,tidak seperti di semenanjung.
  Kemajuan pembanggunan Sabah lebih banyak menyerlah di kawasan sekitar bandar Kota Kinabalu sahaja.Bangunan-bangunan baru muncul dengan pesatnya membuka rezeki dan peluang kepada PATI yang berselerak menghuni pelusuk tanah Sabah tanpa rasa takut apa-apa seolah-olah Sabah milik mereka.Pembinaan dan projek di kawasan luar bandar dimonopoli kontraktor bukan orang lain ,saudara juga kepada YB setempat.Pembinaan dewan,jambatan,rumah PPRT dan balairaya dengan kualiti bahan binaan yang rendah adalah perkara biasa.Orang kampung hanya mampu geleng kepala saja.Apa tidaknya setahun dua kemudian datang lagi kontraktor bukan orang lain,saudara juga membuat kerja-kerja baikpulih dengan tender baru pula.
  Selain menjadi lubuk mencari makan PATI Sabah juga menjadi tumpuaan bagi kolej swasta yang menawarkan kursus perubatan.Setiap awal tahun keluarlah kenyataan jururawat masih kurang dan diperlukan.Muda-mudi Sabah ditawarkan belajar di kolej perubatan dengan kos tanggungan sendiri melalui pinjaman.Habis belajar saja hutang menunggu sehingga mencecah RM 80 ribu,tetapi peluang pekerjaan samar dan tiada penempatan kerja di hospital kerajaan mahupun swasta.Terpaksalah berkerja di kedai-kedai untuk menyara hidup.Kolej telah mendapat bayarannya,pelajar terpaksa membayar hutang pinjaman belajar.Amat menyedihkan kerana rata-rata mereka lepasan kolej perubatan swasta yang saya temui adalah daripada kawasan pedalaman dan golongan keluarga berpendapatan rendah.Inilah yang dikatakan penyamun berlesen.