kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Saturday, September 12, 2009

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Bulan ni ada tiga orang sahabat yang kukenali akan menyambut ulang tahun kelahiran,tapi kali yang ke berapa tak pasti....malas nak kira.Hari ni 12 sept 2009 ulang tahun kelahiran kawan aku yang bernama Zulhairi Bin Nordin .....13 sept 2009 ulang tahun kelahiran Nurfarah Nadiah Bt Baharuddin.....17 sept 2009 ulang tahun kelahiran Wan Ismail Bin Wan Aun.....
Emm..aku ucapkan "SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN"semoga panjang umur,bahagia,murah rezki dan berjaya dalam apa jua bidang diceburi.Hadiah??...sori ler..bulan ni semua orang banyak nak pakai duit termasuklah aku ni..lu pikirlah sendiri,jangan marah yer..
Buat renung bersama...
Perjalanan Hidup

dari sebesar tapak tangan
berubah dan berubah selagi bernyawa
menempuh hari nan mendatang.

kekadang berlari terkejar-kejar
adakala terduduk tak bermaya
kelesuaan..
namun jangan sekali kau putus harapan
dengan keegoan dan keangkuhan
dunia pancaroba ini...

tatkala tanganmu tergapai-gapai keletihan
usah diharap tangan dihulurkan
takut luka kecewa
kerana bukan semua kawan
rela menangis bersama
andai pun ada bersyukurlah....

terimalah seadanya
dari teman mu yang sama ketawa
meskipun sekadar air liur bicara simpati...

andai kiranya kau dapat bangkit kembali
berdirilah dan dongak ke langit
namun
ingat..jangan kau lupa jangan kau alpha jangan kau leka
rumput di bumi.

Wednesday, September 9, 2009

Kehadiran Orang Baru

Syukur alhamdulilah,hari ni (lbh kurang pkl 6.10 am 09.09.2009) allah telah menganugerahkan aku dengan seorang putera dan isteriku melahirkannya dengan selamat.Cuma aku sedikit sedih dan terkilan kerana tiada di sisi mereka serta berjauhan terpisah oleh Laut China Selatan.Terima kasih kuucapkan buat ahli keluarga (kakak dan abg ipar) yang berada di Seri Manjung kerana membantu menguruskan mereka (isteri dan anak2) serta terima kasih jua kepada kakitangan Hospital Manjung,Perak kerana membantu kelahiran puteraku.Semoga allah membalas jasa korang.Inilah satu-satunya puteraku yang lahir di negeri Perak.Aku cedok sikit nama MB Perak yang sebenar-benarnya sah melalu pilihanraya (pilihan rakyat) maka kunamakan puteraku itu Muhammad Fakhruddin Nizar Bin Omar.
Insyaallah aku akan berangkat daripada Sabah pada 17.09.2009 dan akan membawa semua ahli keluargaku balik ke Sabah pada 21.09.2009.Selepas ini aku akan mencurahkan segala pengetahuan dan berjuang di kampung kelahiranku.Pengalaman bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat Selangor terutama sahabat daripada Parti PAS akan sentiasa kukenang dan kujadikan panduan.Begitu juga penglibatanku dalam masyarakat,KRT,Persatuan Penduduk,Jawatankuasa Surau.....semua itu adalah kenang yang penuh dengan ilmu yang boleh kugunakan apabila bermastautin di kampung halamanku.
Buat sahabat Wan Mael dan Nizam teruskan perjuangan dan pastikan pakatan terus memerintah Selangor....takbir..hidup berjuang.Rajin-rajin ler bgi info kat aku.
Jauh di mata dekat di hati,insyaallah kita berjumpa lagi.

Tuesday, September 8, 2009

Politik

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti politik. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti politik itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah.

Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami.Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya.

Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.

Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti politik.Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut :

Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan.

sumber;lawak today