| Azamin Amin |
| KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dua ahli Parlimen, masing-masing daripada PKR dan BN membangkitkan persoalan kualiti dan kebimbangan orang ramai terhadap minyak RON95 yang didakwa akan menjejaskan prestasi enjin. |
Tuesday, November 24, 2009
Minyak RON 95 Rosakan Enjin?
BORANG SUBSIDI BERAS RAKYAT DIJUAL?
| | | | |
|
JUAL… Mantan KK Lampag bin Kurias menunjukkan borang SUBUR yang dijual pekedai dengan harga 50 sen sekeping.
Oleh: MAIL MATHEW BORANG permohonan baucer beras bersubsidi (Subur) boleh diperolehi daripada mana-mana Pejabat Parlimen di sesuatu kawasan Parlimen, Pejabat Daerah, JKKK atau Unit Kawaselia Padiberas Negara di Kota Kinabalu secara percuma, sebaliknya tidak ada arahan untuk mengurusniaga boring-borang berkenaan di mana-mana kedai runcit sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Kakitangan dalaman Unit Kawalselia Padiberas Negara Kota Kinabalu, dipetik sebagai berkata demikian ketika dihubungi Sabahkini.net bagi mendapatkan kepastian unit itu sama ada borang permohonan subsidi beras untuk rakyat (SUBUR) boleh diurusniaga. Bagaimanapun usaha untuk menghubungi Pegawai Unit itu gagal kerana telah difahamkan bahawa beliau kini sedang bercuti. Kakitangan tersebut seterusnya berkata, sesiapa yang ingin mendapat maklumat lanjut berhubung penghantaran borang yang telah lengkap diisi, mereka boleh menghantar terus ke Pejabat Parlimen mahu pun Pejabat Daerah berkenaan atau jika ada keraguan boleh terus menghubungi Unit itu melalui talian 088-316943 waktu pejabat. “Unit ini akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana peniaga yang mengambil kesempatan mengurusniagakan borang permohonan SUBUR…kerana kita hanya edarkan borang itu kepada pihak pihak tertentu sahaja dan bukan kepada pekedai atau pembekal,” jelas Pegawai itu. Kenyataan kakitangan unit itu sebagai maklumbalas terhadap rungutan mantan Ketua Kampong (KK) Lampag bin Kurias, 59, selaku jurucakap kepada para pengguna di sini yang tidak berpuas hati dengan kelibat para pekedai runcit yang seolah-olah ingin memeras hak pengguna daripada mendapatkan bekalan beras harga murah bersubsidi. “Saya bukan mempertikaikan berapa jumlah caj tambahan kerana membuat permohonan SUBUR tapi kami seolah-olah diperbodohkan peniaga yang mengambil kesempatan menjual borang difotostat dengan harga 50 sen, sedangkan borang boleh didapati Pejabat Daerah atau JKKK,” tegas Lampag. “Tetapi..apa yang kami tidak bersetuju sikap pekedai itu, dia suruh kami beli belah di sana terlebih dahulu, kemudian baru diberikan borang,” tambahnya lagi. Dalam pada itu, beliau menggesa Pejabat Parlimen mahu pun Pejabat daerah supaya mengedarkan borang-borang berkenaan kepada para JKKK, supaya para pengguna mudah untuk memperolehinya dan tidak lagi diperbodohkan oleh pekedai. |
Sunday, November 8, 2009
Bina dan Roboh Jambatan Kg.Papas

Sesuatu yang musykil dan mendatangkan keraguaan serta menjadi tanda tanya apabila sebuah jambatan dibina di bawah Program Pembangunan Persekutuaan yang nilai projek Rm 50,000.00 kos pembinaannya dan telah diguna pakai penduduk di kampung Papas selama lebih kurang tujuh bulan terpaksa diroboh semula atas alasan tuan punya tanah telah mengemuka notis saman tuntutan gantirugi sebanyak Rm 100,000.00.Pelbagai persoalan timbul antaranya; Bagaimana projek tersebut boleh lulus tanpa persetujuaan tuan tanah?Apakah tiada perincian tentang hak milik dan status tanah?Kenapa projek yang bernilai puluhan ribu diurus dengan sebaiknya sehingga menyebabkan kerugiaan dan pembaziran?Siapa yang salah Pemaju atau Kerajaan?
Mungkin ini adalah perkara biasa atau bagi sesetengah orang hanya kes terpencil,tetapi logikah dari segi akal berlaku kesilapan teknikal.Begitulah biasanya jawapan yang biasa kita dengar daripada pihak yang berkenaan.Amat janggal sekiranya berlaku kesilapan kerana setiap projek akan melalui prosuder yang telah ditetapkan.Saya tiada pengalaman berkhimat dalam kerajaan tetapi pernah berkhimat dalam sektor swasta selama 14 tahun.Mungkin tidak sama tetapi rasanya tidak banyak berbeza dalam pengurusan projek serta perbelanjaan kewangaan.Semuanya akan melalui kajian,pemeriksaan dan kelulusan.Apakan mereka yang terlibat ini tidak profesional atau sambil lewa,atau mungkin jua telah mendapat imbuhan tertentu sehingga menyebabkan mata buta dan telinga pekak semasa menjalankan tugas.Pelbagai tomahan dan persepsi akan timbul ekoran daripada kecuaian tersebut.Ingat dan tanamkan dalam minda segala wang kerajaan yang dibelanjakan adalah wang rakyat.Jangan berselindung di balik slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan",walhah lain cerita sebaliknya.
Campurtangan pihak SPRM dalam kes ini amat dialu-alukan agar cerita yang sama tidak berulang kembali.Mereka yang terlibat haruslah disiasat dan sekiranya terbukti berlaku penyelewangan dibawa ke muka pengadilan.Terlalu banyak perkara yang menjadi tanda tanya dalam kes pembinaan jambatan itu.Sebagai rakyat Malaysia dan penduduk Daerah Kecil Membakut saya amat berharap SPRM dapat membongkar apa yang tersirat dan tersurat dalam isu jambatan Kg.Papas dengan penuh ketelusan.






