kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Thursday, January 14, 2010

PAKATAN RAKYAT GEMPUR KINABALU


PDF Print E-mail

Oleh: FAIZAL OKADAU

DALAM kekalutan pelbagai isu yang melanda negara kini, Pakatan Rakyat terus memperkukuhkan tapak perjuangan dengan menghayun langkah 2010 ke negeri Sabah, untuk jelajah penerangan isu semasa dan menguatkan pakatan.

Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai sendiri oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi dan Timbalannya Ustaz Azman Sapawi akan bertemu warga di bawah bayu dengan beberapa siri pertemuan yang telah siap diatur oleh Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Program ini selaras dengan keputusan muktamar Dewan Pemuda PAS tahun lalu yang bertekad akan memberi perhatian serius kepada perkembangan dakwah dan perjuangan di negeri Sabah.

Sabah yang sekarang ini menjadi benteng terakhir UMNO untuk terus bertahan memerintah bakal berhadapan laluan sukar pada pilihanraya ke 13 sekiranya pengundi Sabah mendapat maklumat yang tepat dan sebenar daripada Pakatan Rakyat. UMNO Sabah yang disifatkan UMNO jadian akan dapat dilumpuhkan jika strategi yang digunakan Pakatan Rakyat mengena. Ini kerana rakyat Sabah telah membuktikan mereka berani dan berupaya menukar Kerajaan yang ‘rasuah’. Rakyat Sabah telah menjatuhkan Kerajaan USNO, Berjaya dan juga PBS.

Dua siri Ceramah Pakatan Rakyat dijangka akan diadakan serentak pada 15 Januari (jumaat) pada jam 8.30 malam. Ustaz Nasaruddin Tantawi bersama Hj Ansari (PKR) dan Dr Hiew King Cheu (DAP) akan berceramah di Pejabat KeADILan Bahagian Tuaran, Kg Batangan. Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Sapawi bersama wakil PKR dan DAP akan berceramah di Pusat Penerangan PAS dan PKR Sepanggar.

Penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dijemput hadir untuk mendapat maklumat terus dan sebenar daripada pimpinan Pakatan rakyat

Friday, January 8, 2010

MENANTU NIK AZIZ JADI ISU UMNO, KENAPA MENANTU MUSA AMAN MAKSUM DARIPADA SPRM?


PDF Print E-mail


Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

KES menantu Tok Guru Nik Aziz, Ariff Fahmi Abdul Rahman, suatu ketika dahulu pernah menjadi topik sensasi perbualan sehingga ianya dilihat bagaikan suatu 'dosa' yang maha besar. Kerana apa? Kerana Tok Guru Nik Aziz seorang Mursyidul Am dalam PAS. Bukannya Mursyidul Am dalam UMNO/BN. Kalau Tok Guru Nik Aziz dalam UMNO/BN semuanya OK sahaja. Bisa diatur.

Pengarah SPRM Negeri, Mohd Jaafar Hussen telah memberikan kenyataan akhbar bahawasanya 'tiada kesalahan' yang telah dilakukan oleh Ariff Fahmi Abdul Rahman dan segala tohmahan yang diwar-warkan oleh badut-badut UMNO tidak berasas sama sekali.

Jadi sekarang siapa mahu jawab dan bagaimana mahu jawab? Seluruh gagasan UMNO/BN beria-ia memperkotak-katikkan Tok Guru Nik Aziz yang kononnya menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar kerana melantik menantunya sendiri.

Kenapa sekarang tidak ada lagi suara-suara sumbang yang berkata-kata, mengutuk, menuduh Tok Guru menyalahgunakan kuasanya melantik menantunya kejawatan tinggi setaraf dengan ijazah dan kebolehannya sering dipertikaikan dengan kes ini? Kini badut badut UMNO itu tertempek dengan ludah sendiri.

Sebelum mengorek kesalahan orang lain, yang akhirnya Alhamdulillah dengan restu Allah swt terserlah kebenarannya, kenapa tidak dikorek dulu kesalahan dalam UMNO/BN sendiri?

Kenapa tidak ada yang menyarankan SPRM untuk siasat bilamana Khairy Jamaluddin dan Ali Rostam disahkan menggunakan rasuah politik wang semasa musim pemilihan UMNO tahun lepas? Padahal sudah terang lagi bersuluh mereka didapati bersalah menggunakan politik wang untuk membeli undi perwakilan. Hari ini mereka masih lagi gah berdiri di persada rasuah politik wang UMNO.

Khairy malah dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kita percaya, undi yang di perolehi beliau adalah hasil 'dagangan' Khairy kepada perwakilan. Ali Rustam meskipun tidak dibenarkan bertanding, tetapi masih teguh menggenggam kerusi Ketua Menteri Melaka. Itu apa cerita? Kenapa perkara ini boleh terlepas pandang? Atau sengaja 'dilepas-pandangkan'? Wallahua'lam bisawab, hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Begitu juga senario yang berlaku di Sabah. Musa Aman senang-senang melantik menantunya menjawat jawatan Pengerusi SEDCO, manakala anak-anak buah terapatnya diberikan beberapa jawatan yang penting di Sabah. Malah dulu salah seorang 'isteri'nya juga di berikan jawatan yang penting di Yayasan Sabah. Apa kes kawan? Kenapa tiada yang berani memanjangkan perkara ini kepada SPRM?

Projek mega, konsesi balak diberikan oleh Musa Aman KM Sabah, kepada Michael Chia. Semua rakyat Sabah hanya mampu memandang tanpa suara. Bukan takut untuk bersuara, bak kata orang kampung, "sayang-sayang liur saja bah".

Dibuat laporan SPRM, datang tukang siasat konon-konon mahu siasat Musa Aman, terus diam dan pulang tanpa ada laporan dek kerana 'imbuhan' istimewa berserta gelaran kebesaran negeri Sabah. Dapat gelaran 'Datuk Seri Panglima' kes semua hilang kemana! Very dramatic!

Hotel Le Meriddein di Kota Kinabalu, siapa punya? Bangunan UMNO di Kota Kinabalu siapa yang empunya? Jawabnya, 'mereka dan keluarga mereka sendiri'. Kenapa SPRM tidak mahu ambil tahu hal-hal sebegini? Adakah mereka tiada kuasa atau memang "tak kuasa?"

Berbuihlah mulut para pembangkang menyuarakan kesalahan-kesalahan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO, hasilnya masuk habuk keluar asap. Laporan hanya tinggal sejarah. NO CASE TO ANSWER.

Begitu senang mereka buat kerja. Bertambah senang dan mewah lagi kalau kena siasat 'IKAN-IKAN BESAR' ini, sebab makin besar ikan disiasat, makin besar juga 'imbuhan pencuci mulut' bakal terhidang di hadapan mata.

Dapatlah bawa anak-bini bercuti ke luar negeri. Bercuti di kapal-kapal persiaran mewah. Rakyat biasa dan orang-orang kampung? Jangan haraplah dapat merasa keindahan bercuti ala-ala orang kaya ini . Correct…Correct..correct..?

Banyak kes 'tragis' di Sabah ini dan selagi UMNO pimpinan Musa masih lagi berkuasa, selagi itulah semua kesalahan ini hanya ibarat angin lalu. Berkoyan-koyanlah laporan di buat kepada SPRM, betul mereka terima laporan, tapi tindakan? ZERO. No action taken. Semuanya dingin bak salju.

Akan tetapi bila mana melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, semua mahu diambil berat. Hinggakan kes-kes sebesar semutpun bisa dijadikan sebesar gajah. Demi untuk menjatuhkan martabat Pakatan Rakyat.

Namun Allah swt maha berkuasa, semakin mereka berusaha memudaratkan Pakatan Rakyat, semakin penipuan dan penyelewengan yang mereka lakukan terserlah.

Azmin Ali dan Anwar Ibrahim dituduh punya saham berjuta-juta disiasat oleh SPRM, tapi Ketua Executive Sabah punya hotel, punya kedai, punya bangunan bertingkat tingkat, mereka tidak pun disiasat. kenapa double standard?

Insya Allah, kita yakin PRU 13 bakal memberikan sirna baru kepada rakyat Malaysia. Say NO kepada Musa Aman, lagi lama Musa Aman jadi Ketua Menteri Sabah, lagi senang Pakatan Rakyat memberi tahu rakyat dalam PRU13 nanti.

Jangan jadikan keganasan sebagai jalan penyelesaian! Bukankah 'Allah' untuk semua?

Kebanyakkan umat Islam di negara kita membantah pengunaan perkataan 'Allah' oleh Gereja-gereja dan akhbar-akhbar Kristian. Ini bukan sahaja melambangkan ketidakmatangan mereka untuk menerima sesuatu kebenaran, malah bercanggah dengan realiti Islam yang sering menekankan elemen keterbukaan.

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu-
Allah (bahasa Arab: الله‎, Allāh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah adalah nama khas yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam serta dalam masyarakat Kristian yang berbahasa Arab.

Jadi apakah salahnya jika perkataan 'Allah' digunakan oleh semua agama di dunia ini? Bukankah ini lebih memperhebatkan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia? Fikiran yang sempit perlu dielakan oleh segelintir umat Islam di Malaysia. Dunia sedang berubah dari masa ke semasa dengan lebih terbuka dan liberal, 'kefanatikan' pihak tersebut hanya satu perbuatan yang tidak masuk akal.

Betulkan saya jika saya silap. Walaupun saya beragama Hindu, apa yang saya faham tentang Islam adalah walaupun perang yang berlaku, undang-undang Islam menyebut bahawa wanita, kanak-kanak dan rumah ibadat tidak boleh diusik sama sekali. Namun perkara yang paling 'kurang ajar' dan menyedihkan berlaku apabila pihak yang tidak bertanggunggjawab bertindak membaling bom petrol ke arah sebuah Gereja di pusat bandar. Susulan daripada berita tersebut, gereja-gereja di sekitarnya telah mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi 'keganasan' tersebut. Baca di sini- Gereja hangus dibaling bom petrol

GEREJA YANG DILETUPKAN OLEH PENGGANAS

Persoalan yang nyata adalah adakah keganasan menjadi penyelesaian utama masalah ini? Begitu fanatiknya segentir umat Islam di negara ini sehinggakan tidak pandai menghargai keamanan yang kita nikmati sekarang. Golongan ini semestinya ada kepentingan diri sendiri samada politik atau kuasa. Manakala kerajaan pula tidak mampu untuk menangani isu ini, seolah-olah mereka membenarkan ia berlaku.

Saya ingin menekankan bahawa pegangan agama seseorang manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, ia tidak boleh dilakukan melalui paksaan, keganasan, ketakutan atau dengan desakan sistem atau polisi kerajaan. Kebebasan agama perlu dihormati agar dunia sentiasa berada dalam keadaan yang aman.

;BANGSA MALAYSIA