| | | | |
| | |
| | |
![]() |
|
| |
| Monday, 15 March 2010 06:49 |
![]() PERSATUAN Blogger Sabah akan mengadakan mesyuarat sebagai persediaan untuk mengadakan Forum Khas ‘MINYAK SABAH UNTUK SIAPA?’. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 19 Mac 2010 di Tingkat Satu, Hotel Deleton, Kota Kinabalu. Sehubungan itu, Persatuan Blogger Sabah menjemput semua ahli yang tersenarai di portal www.sabahkini.net dan semua NGO yang berminat agar hadir ke mesyuarat berkenaan bermula pada jam 10 pagi. Untuk makluman, Persatuan Blogger Sabah akan menjemput Mantan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi ‘Tetamu Utama’ dalam Forum Khas, ‘Minyak Sabah Untuk Siapa?’ yang dijadualkan pada 2 April 2010 di Kota Kinabalu. Sabahkini.net yang dilantik sebagai ‘Portal Rasmi’ forum berkenaan akan membawa kepada anda liputan langsung daripada Forum PENTING tersebut. Pastikan semua ahli Persatuan Blogger Sabah dan NGO yang berminat menghadiri mesyuarat Ad-Hoc untuk membincangkan beberapa perkara termasuk pengisian forum agar memberikan manfaat kepada rakyat Sabah dan Anak Negeri keseluruhannya. |
| | |
| Saudara Pengarang, KAMI penduduk Kampung Kapa, Tamparuli, sering mengalami masalah air sepanjang tahun terutama pada musim kemarau. Walaupun kerajaan BN telah memerintah Sabah sejak sekian lama, namun bekalan air bersih dari Jabatan Air belum sampai ke Kampung. Kami terpaksa turun ke Sungai Tamparuli untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan seharian. Sehingga kini hanya satu lokasi di kampung menjadi tumpuan penduduk mendapatkan air bersih (bekalan air graviti) iaitu di tepi jalan berhampiran Kuari Batu di Kampung Kapa. Penduduk tidak tahan lagi menanggung penderitaan seperti ini setiap tahun seolah-olah kami tidak mempunyai kerajaan di Sabah. Sehubungan itu, kami menyeru supaya pihak yang bertanggung jawab.dapat dihubungi untuk menjelaskan masalah ini. Mana janji BN setelah menang pada pilihanraya lepas. Air dari sungai Tamparuli telahpun sampai ke Kota Kinabalu yang berpuluh kilometer jauhnya, tetapi kenapa pula kampung kami tidak mendapat bekalan air bersih sedangkan hanya terletak beberapa kilometer dari Loji Rawatan Air Telibong. Sabahkini.net, tolong kami menyuarakan masalah yang membelenggu kami selama ini agar dapat menghirup air bersih daripada loji yang dibina dengan cukai yang kami bayar kepada kerjaan 1Malaysia! Wakil penduduk kampung Kapa, Tamparuli. JAESMAN @ JAESS GIPIN |