kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Friday, September 18, 2009

Hari ini aku berada di Manjung,Perak.Aku sampai kira-kira pukul lima petang (17.09.2009).Terasa letih dan lenguh-lenguh badan.Aku bertolak daripada LTAB (T2) K.Kinabalu pada pukul 7.25 am menaiki pesawat Air Asia.Semasa dalam pesawat aku sempat berbual dengan seorang penumpang yang duduk bersebelahan denganku.Dia berasal daripada Kelantan dan bertugas sebagai guru sekolah di Pitas,Sabah selama lebih kurang 2 tahun.Menurutnya pengalaman bertugas di kawasan pedalaman Sabah amat memeritkan disebabkan oleh faktor jalan.Beliau pernah berjalan kaki selama lebih kurang lapan jam untuk sampai ke destinasi.Maklumlah kemudahan perhubungan jalan raya adalah sangat teruk walaupun umum mengetahui negeri di bawah bayu ini adalah pengeluar hasil bumi yang pelbagai seperti minyak,kayu balak dan kelapa sawit.Aku memang geram melihat negeri kelahiranku yang serba kekurangan walhal serba berlebihan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dari segi faktor pengeluaran sumber asli dan hasil bumi.Hai..siapalah kaut semua tu...puak UBN kot pasal dah bertahun mereka memerintah Sabah negeri termiskin namun hakikatnya kaya dengan hasil bumi.Ingat-ingatlah sikit jangan habis madu sepah dibuang.Setelah merentasi udara Laut China Selatan dengan keadaan cuaca yang tak berapa baik (angin kuat dan hujan),akhirnya kami selamat mendarat di LCCT.Daripada LCCT aku menaiki bas ke Hentian Puduraya dan kemudian menaiki bas pula ke Manjung.Daripada Hentian bas Manjung aku dijemput abang ipar balik ke Taman Samudera.Perjalanan yang jauh tetapi amat selesa.Jauh berbeza jika dibandingkan dengan negeri Sabah yang serba kekurangan.Negeri yang mempunyai lubuk emas tetapi dianaktirikan.Kenapa dan mengapa jadi persoalan....INSYAALLAH persoalan ini akan kurungkai dan segala yang tersurat dan tersirat akan kita nilai bersama serta menjadi panduan semasa membuang undi pada pilihanraya akan datang.


No comments:

Post a Comment