kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Wednesday, August 25, 2010

Peristiwa 13 Mei 1969 Bakal Berulang?

13m4

Tak sangka sekali ada juga yang mempunyai “keinginan” seperti mahukan peristiwa 13 Mei 1969 berulang sekali lagi. Begitu jauh sekali tahap pemikiran mereka terhadap suasana yang berlaku hari ini. Kenapa mahu main isu perkauman yang lebih hebat lagi? Untuk apa? Rakyat tiada masalah elok sahaja antara kaum-kaum yang lain. Cina dengan Melayu, Melayu dengan Cina dan India dengan China. Ok sahaja.

Majoriti daripada masyarakat sekarang lebih maju kehadapan, minda mereka semakin matang, generasi muda hari ini minda mereka tidak boleh dipermainkan dengan isu rekaan. Kalau ada sesuatu isu yang ditimbulkan tidak diterima bulat-bulat sebaliknya mereka menyiasat dan mengkaji sebelum mengambil pandangan semua pihak. Akhirnya kebenaran terhadap sesuatu isu akan diketahui juga akhirnya. Cuma lambat atau cepat sahaja………

13-mei

Kenapa apabila melibatkan masalah politik antara pemimpin politik yang ada hari ini mahu mengheret rakyat sama kepada politik sempit sebegini? Mereka perlu terus bertelingkah begini? Mereka perlu terus melatah sebegini? Kadang-kadang kita sering terlupa tanpa melihat kembali pepatah Melayu :

“Bersatu teguh, bercerai kita roboh”

Negara kita kecil sahaja, dahla….negara belum lagi stabil daripada pelbagai aspek terutamanya ekonomi negara. Berselisih pendapat itu perkara biasa, tetapi bukan cara bermusuh-musuhan sehingga ada cakap-cakap kononnya akan timbul peristiwa 13 Mei 1969 seperti yang berlaku sebelum ini. Suka ker kalau jadi peristiwa 13 Mei 1969? Takkan tiada jalan penyelesaian? Adakah ini sahaja pilihan yang terbaik yang ada? Mahu menunjukkan jaguh antara satu sama lain? Kita belajar semula bagaimana Islam jatuh dan mengapa negara-negara Islam tidak unite.

“Jawapannya adalah berpecah-belah”

13-mei-2010

Yang paling kecewanya ada tangan-tangan yang cuba menghangatkan lagi sebagai isu yang dilihat mereka dapat menghangatkan lagi ketegangan antara kaum. Sepatutnya, mereka-mereka ini yang memabntu meredakan keadaan tetapi apa yang cuba dibuat baru-baru ini seperti :

“Menyimbah petrol ke atas api yang sedang marak”

Baru-baru ini sekali lagi Utusan Malaysia melancarkan perang sarafnya dengan mengeluarkan laporan kononnya ‘perang besar’ boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Dalam rencananya yang bertajuk “Benar, ‘perang besar’ boleh berlaku di Malaysia”, penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis ‘perang’ kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.

Menurut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.

Disedut drp..
http://beritasemasa.com

1 comment:

  1. Terima kasih atas info, Tuan.

    Sila Like page Tanda Putera di:
    www.facebook.com/TandaPutera

    Sebuah filem yang turut memaparkan peristiwa 13 Mei. Anak-anak muda harus tahu siapakah DAP.

    Terima kasih.

    ReplyDelete