kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Wednesday, August 25, 2010

Peristiwa 13 Mei 1969 Bakal Berulang?

13m4

Tak sangka sekali ada juga yang mempunyai “keinginan” seperti mahukan peristiwa 13 Mei 1969 berulang sekali lagi. Begitu jauh sekali tahap pemikiran mereka terhadap suasana yang berlaku hari ini. Kenapa mahu main isu perkauman yang lebih hebat lagi? Untuk apa? Rakyat tiada masalah elok sahaja antara kaum-kaum yang lain. Cina dengan Melayu, Melayu dengan Cina dan India dengan China. Ok sahaja.

Majoriti daripada masyarakat sekarang lebih maju kehadapan, minda mereka semakin matang, generasi muda hari ini minda mereka tidak boleh dipermainkan dengan isu rekaan. Kalau ada sesuatu isu yang ditimbulkan tidak diterima bulat-bulat sebaliknya mereka menyiasat dan mengkaji sebelum mengambil pandangan semua pihak. Akhirnya kebenaran terhadap sesuatu isu akan diketahui juga akhirnya. Cuma lambat atau cepat sahaja………

13-mei

Kenapa apabila melibatkan masalah politik antara pemimpin politik yang ada hari ini mahu mengheret rakyat sama kepada politik sempit sebegini? Mereka perlu terus bertelingkah begini? Mereka perlu terus melatah sebegini? Kadang-kadang kita sering terlupa tanpa melihat kembali pepatah Melayu :

“Bersatu teguh, bercerai kita roboh”

Negara kita kecil sahaja, dahla….negara belum lagi stabil daripada pelbagai aspek terutamanya ekonomi negara. Berselisih pendapat itu perkara biasa, tetapi bukan cara bermusuh-musuhan sehingga ada cakap-cakap kononnya akan timbul peristiwa 13 Mei 1969 seperti yang berlaku sebelum ini. Suka ker kalau jadi peristiwa 13 Mei 1969? Takkan tiada jalan penyelesaian? Adakah ini sahaja pilihan yang terbaik yang ada? Mahu menunjukkan jaguh antara satu sama lain? Kita belajar semula bagaimana Islam jatuh dan mengapa negara-negara Islam tidak unite.

“Jawapannya adalah berpecah-belah”

13-mei-2010

Yang paling kecewanya ada tangan-tangan yang cuba menghangatkan lagi sebagai isu yang dilihat mereka dapat menghangatkan lagi ketegangan antara kaum. Sepatutnya, mereka-mereka ini yang memabntu meredakan keadaan tetapi apa yang cuba dibuat baru-baru ini seperti :

“Menyimbah petrol ke atas api yang sedang marak”

Baru-baru ini sekali lagi Utusan Malaysia melancarkan perang sarafnya dengan mengeluarkan laporan kononnya ‘perang besar’ boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Dalam rencananya yang bertajuk “Benar, ‘perang besar’ boleh berlaku di Malaysia”, penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis ‘perang’ kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.

Menurut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.

Disedut drp..
http://beritasemasa.com

Thursday, June 10, 2010

SPRM perlu diberi kuasa mendakwa


Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Rasuah berpandangan kuasa untuk pendakwaan kes rasuah harus diletakkan di bawah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan bukan di bawah Peguam Negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, cadangan itu yang terkandung dalam laporan yang akan diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bertujuan meningkatkan kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap SPRM. "Kita semua tahu SPRM yang ditubuhkan kerajaan hanya mempunyai kuasa menyiasat tetapi tidak mempunyai kuasa mendakwa.

Kami berpendapat ini menjadi satu rungutan rakyat yang mengatakan SPRM tidak ada kuasa dan kuasa yang ada terhad sahaja. "Pendakwaan pula diserahkan kepada Peguam Negara mengikut Perlembagaan negara kita yang termaktub.

Kami mencadangkan supaya dipinda Perlembagaan dan memberi kuasa pendakwaan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa itu di lobi Parlimen, di sini semalam.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yakin dengan adanya kuasa tersebut, SPRM akan lebih berkesan dalam menjalankan tugasnya membanteras kegiatan rasuah di negara ini. Berasaskan Perkara 145 Perlembagaan, kuasa untuk memulakan pendakwaan kekal sebagai kuasa Peguam negara.

Selain itu, Mohd Radzi yang juga Anggota Parlimen Kangar berkata pihaknya turut mencadangkan supaya kerajaan menimbang semula permohonan SPRM khususnya daripada segi peruntukan tahunan dan penambahan anggota.

"Kalau dipotong dia (SPRM) punya bajet, maka SPRM akan potong jugalah tempoh latihan pegawainya daripada tiga bulan kepada dua bulan. Ini membawa satu perkara yang buruk kepada SPRM. Kalau kita serius untuk memerangi rasuah, kerajaan harus bagi peruntukan yang mencukupi kepada SPRM.

"Kita juga harap kerajaan akan menimbang semula supaya diberikan tambahan keanggotaan dan kita harap SPRM juga diberikan ruang untuk melatih dan mengambil anggotanya sendiri tanpa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya.

Perdana Menteri dijangka membentangkan laporan tersebut pada persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Jawatankuasa itu yang ditubuhkan di bawah Akta SPRM 2008 bertujuan menasihati Perdana Menteri mengenai masalah rasuah di negara ini selain menerima laporan tahunan daripada SPRM dan menerima ulasan daripada lembaga penasihat SPRM.

Memang sudah sampai masanya cadangan ini wajib diterima...

Khamis, Jun 10, 2010

RM800 juta macam RM800.00 sahaja....

Jemaah menteri telah memutuskan bahawa bangunan parlimen baru akan dibina di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan bangunan warisan.

Menurut jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri baru-baru ini.

Nazri bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut berhubung pemindahan itu kerana perkara itu masih dalam kajian awal oleh Jabatan Kerja Raya.

Sementara itu Nazri yang ditemui selepas beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan pagi tadi berkata bangunan parlimen yang sekarang ini akan dibaikpulih dan tidak akan diruntuhkan.

"Kita anggar kos RM150 Juta untuk menaik taraf bangunan parlimen yang ada sekarang ini untuk membaiki elektrik dan bumbungnya.

"Pada masa akan datang kalau kita nak bina bangunan parlimen yang baru akan menggunakan kos RM800 juta," ujar Nazri.

Tambah Nazri lagi, belum ada keputusan muktamad dan masih lagi dalam pertimbangan.

* Mahathir berkata negara akan maju tahun 2020
*Mangkuk ayun berkata negara akan bangkrap tahun 2019 jika subsidi terus diberikan...yang mana satu betul ni...

*Rakyat diseru dan diajak berjimat.
*Tetapi pemimpin UMNO BN belanja macam musibat...

.....apa nak bising-bising...RM800 juta macam RM800.00 sahaja...

Inilah bukti Rakyat Didahulukan...Pencapaian Diutamakan....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/