kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Sunday, January 31, 2010

PEMUDA UMNO MALAYSIA BAGAI TERGIGIT CILI PADI?


PDF Print E-mail


Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

SELARAN besar-besaran dibuat kepada YB Azmin Ali ekoran kenyataan beliau yang menyatakan bahawa dalang di sebalik kejadian membakar gereja adalah dari kalangan ahli pergerakan parti politik yang ter'masyhur' di Malaysia. Ada manusia semacam orang yang tergigit cili api melenting terasa, walaupun dibicarakan dalam bahasa simbolik.

Dari Ketuanya sehingga kepada kerabat-kerabatnya. Semua bising bagaikan ingin menyembunyikan sesuatu dari rakyat Malaysia. Kalaulah benar bagai dikata? Wallahualam bisawab. Hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui.

Mereka ini seolah-olah dengan sengaja 'bising' beramai-ramai bagaikan ingin menutup sesuatu. Biasalah kalau benar tidak bersalah, biarlah perundangan yang menentukan. Tapi susah juga nak kata bila perundangan pun pakai sistem "Yes Sir" bersama terlibat kerana ‘mereka pun’ dalam satu kandang.

Buat Azmin, sekiranya ada bukti, kemukakan supaya 'suara-suara alam jahat' ini berhenti dari berkicau yang tidak berketentuan. Kita percaya kebenaran pasti terserlah. Jangan nanti bila bukti di hadapan mata, lain lagi 'kuntau' UMNO kelak.

Seperti kes pak 'Imam' yang terpaksa duduk menghadap Saiful, tahu-tahunya pak Imam ini tidak tahu apa-apa. Sekadar jadi 'boneka dalam keterpaksaan' sebab 'Boss' suruh.

Jangan nanti bila kita ada lebih bukti tentang sesuatu kes, ada pula lagi ‘boss’ yang akan bersara lebih awal atas sebab untuk beri laluan kepada golongan muda dan mahu beribadat. Baguslah sebab sudah banyak buat dosa dan juga jangan nanti ada lagi 'boss' yang meletakkan jawatan sebab kes curi yang berprofil tinggi.

Jangan nanti banyak yang terpaksa jadi 'KAMBING HITAM' gara-gara mahu melindungkan kepentingan seseorang. Tapi tidak mustahil. Jadi 'kambing hitam' tapi ada ganjaran lumayan.

Kita lihat kenyataan 'tak senang duduk' dari Razali Ibrahim ini mengalahkan Ketua Pemuda, KJ. Apakah benar bagai dikata ada 'udang di sebalik mi'? Jika dilihat dari sudut logikal, KJ Ketua Pemuda, tapi tiada apa-apa jawatan dalam kabinet, tapi Razali punya jawatan dalam kabinet! Tidakkah ini suatu yang meragukan?

Malah masakan pokok bergoyang kalau tiada anginnya atau beruk di atas pokok. Kita tidak hairan seandainya selepas ini akan ada penafian dari KJ. Ialah demi maruahnya, mungkin dia terpaksa berbuat demikian. Tetapi sekiranya benar 'khabar-khabar angin' ini, kita akan lebih banyak 'drama tepis-tepisan' dari UMNO dan Pergerakan Pemuda khasnya.

Kalau masalah dalaman Pakatan Rakyat, riuh-rendah UMNO jajakan, tapi mereka tidak sedar, masalah dalaman mereka sendiri sudah 'retak menanti belah'. Kita lihat sahaja nanti.

Ada satu cadangan yang baik, untuk semua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lakukan demi untuk membersihkan nama baik, kenapa tidak pergi sahaja ke Masjid Negara buat ’sumpah laknat?’ supaya orang percaya mereka tidak terlibat dan bersekutu atau ‘accomplished.’ Kita bukan menuduh, cuma ingin tahu kebenarannya sahaja.

Thursday, January 21, 2010

KERAJAAN UMNO MAHU NAIKKAN CUKAI BARANG?


PDF Print E-mail


Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

AHLI Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoal kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir supaya rakyat bersedia menghadapi inflasi, jika mahu menikmati gaji yang lebih tinggi dalam Model Ekonomi Baru.

Baginya, Mahathir hanya menunjukkan sikap bersetuju dengan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi dan memperkenal polisi pencukaian yang baru, iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Niat Kerajaan UMNO/BN nak adakan polisi percukaian 'barangan dan perkhidmatan' apa yang dipanggil (GST) bererti sebilangan besar barangan keperluan rakyat akan melambung naik lagi, cukai perkhidmatan juga akan dikenakan kepada rakyat.

Bila Najib sebut 1Malaysia, tapi kos hidup di Semenanjung dengan di Sabah dan Sarawak pula berlainan, di Sabah dan Sarawak terlalu mahal. Ini bererti jauh perbezaannya harga kos hidup rakyat di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Mana mungkin cogankata 1Malaysia itu berfungsi kalau ada perbezaan harga kos hidup rakyat antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak?

1Malaysia ini cuma satu cogankata sahaja tujuannya mahu pikat hati remaja supaya kembali bersatu dalam 1-UMNO di seluruh Malaysia.

Sama ada cogankata 1Malaysia atau program "Juara Rakyat@Juara UMNO@Juara Rasuah" berjaya diterima oleh seluruh rakyat atau cuma diterima oleh segelintir ahli ahli UMNO yang kroni sahaja kaya raya, yang penting BN mesti ditolak oleh semua pengundi Sabah kerana mengenakan kenaikan cukai kepada rakyat.

Bila cukai kos hidup rakyat naik, tentunya Kerajaan untung, yang setengah mati adalah rakyat Sabah. Fikir-fikirlah rakyat Sabah untuk undi BN lagi. Taksub pada UMNO tiada gunanya kalau perut lapar.

Kalau anak-anak kita tertekan dengan kos persekolahan yang kosnya tinggi dan mahal, yang jadi 'penganggur anak kita' di kampung, anak-anak para pemimpin UMNO sekolah di London. Mereka peduli apa kalau kos persekolahan mahal. Mereka mampu.

Sunday, January 17, 2010

KINI IC UNTUK PTI INDIA?


PDF Print E-mail


Saudara Pengarang,

PERLUKAH kita Undi lagi Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti kerana selagi BN berkuasa di Malaysia ini selagi itulah Mykad diberikan kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Jika melihat kepada statistik pilihanraya lalu, BN sudah kalah di Semenanjung Malaysia dan hanya diselamatkan oleh para pengundi di Sabah dan Sarawak yang tersilap percaya kepada janji muluk pemimpin BN; sehingga Sabah dan Sarawak digelar Fixed Deposit.

Oleh yang sedemikian, rakyat Sabah dan Sarawak harus ‘BERSATU’ menumbangkan BN kerana setahun lalu 50,000 orang dari negara China disahkan ‘HILANG’ di Negara Malaysia.

Persoalan yang memeningkan kepala kita, di mana dan ke manakah mereka?

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mendedahkan seramai 40,000 orang Warga India hilang di negara ini. Apakah mereka sudah membeli Mykad Malaysia dengan harga RM10,000 setiap satu di JPN Petaling Jaya?

Najib sewajarnya mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berjaga malam untuk menyelesaikan isu ini melainkan UMNO atau BN terlibat mencipta satu lagi X-Files?

Sekiranya rakyat Sabah tidak bersatu memerangi isu IC Palsu ini, maka Pakatan Rakyat jangan bermimpi di siang hari untuk menawan kawasan parlimen dan dewan undangan negeri di Pantai Timur kerana hampir 90 peratus pengundi di sana adalah ‘Pengundi Untuk Disewa’ melalui pemberian Mykad; yang tidak mungkin memberikan undai kepada pembangkang!

Mungkin Pakatan Rakyat harus menunggu sehingga Generasi ke 12, barulah mungkin mereka akan memberikan undi kepada Pembangkang.

Salam Hormat daripada,

BUGIS SULUK TEMPATAN

dicilok drp http://www.sabahkini.net