kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Sunday, January 31, 2010

PEMUDA UMNO MALAYSIA BAGAI TERGIGIT CILI PADI?


PDF Print E-mail


Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

SELARAN besar-besaran dibuat kepada YB Azmin Ali ekoran kenyataan beliau yang menyatakan bahawa dalang di sebalik kejadian membakar gereja adalah dari kalangan ahli pergerakan parti politik yang ter'masyhur' di Malaysia. Ada manusia semacam orang yang tergigit cili api melenting terasa, walaupun dibicarakan dalam bahasa simbolik.

Dari Ketuanya sehingga kepada kerabat-kerabatnya. Semua bising bagaikan ingin menyembunyikan sesuatu dari rakyat Malaysia. Kalaulah benar bagai dikata? Wallahualam bisawab. Hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui.

Mereka ini seolah-olah dengan sengaja 'bising' beramai-ramai bagaikan ingin menutup sesuatu. Biasalah kalau benar tidak bersalah, biarlah perundangan yang menentukan. Tapi susah juga nak kata bila perundangan pun pakai sistem "Yes Sir" bersama terlibat kerana ‘mereka pun’ dalam satu kandang.

Buat Azmin, sekiranya ada bukti, kemukakan supaya 'suara-suara alam jahat' ini berhenti dari berkicau yang tidak berketentuan. Kita percaya kebenaran pasti terserlah. Jangan nanti bila bukti di hadapan mata, lain lagi 'kuntau' UMNO kelak.

Seperti kes pak 'Imam' yang terpaksa duduk menghadap Saiful, tahu-tahunya pak Imam ini tidak tahu apa-apa. Sekadar jadi 'boneka dalam keterpaksaan' sebab 'Boss' suruh.

Jangan nanti bila kita ada lebih bukti tentang sesuatu kes, ada pula lagi ‘boss’ yang akan bersara lebih awal atas sebab untuk beri laluan kepada golongan muda dan mahu beribadat. Baguslah sebab sudah banyak buat dosa dan juga jangan nanti ada lagi 'boss' yang meletakkan jawatan sebab kes curi yang berprofil tinggi.

Jangan nanti banyak yang terpaksa jadi 'KAMBING HITAM' gara-gara mahu melindungkan kepentingan seseorang. Tapi tidak mustahil. Jadi 'kambing hitam' tapi ada ganjaran lumayan.

Kita lihat kenyataan 'tak senang duduk' dari Razali Ibrahim ini mengalahkan Ketua Pemuda, KJ. Apakah benar bagai dikata ada 'udang di sebalik mi'? Jika dilihat dari sudut logikal, KJ Ketua Pemuda, tapi tiada apa-apa jawatan dalam kabinet, tapi Razali punya jawatan dalam kabinet! Tidakkah ini suatu yang meragukan?

Malah masakan pokok bergoyang kalau tiada anginnya atau beruk di atas pokok. Kita tidak hairan seandainya selepas ini akan ada penafian dari KJ. Ialah demi maruahnya, mungkin dia terpaksa berbuat demikian. Tetapi sekiranya benar 'khabar-khabar angin' ini, kita akan lebih banyak 'drama tepis-tepisan' dari UMNO dan Pergerakan Pemuda khasnya.

Kalau masalah dalaman Pakatan Rakyat, riuh-rendah UMNO jajakan, tapi mereka tidak sedar, masalah dalaman mereka sendiri sudah 'retak menanti belah'. Kita lihat sahaja nanti.

Ada satu cadangan yang baik, untuk semua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lakukan demi untuk membersihkan nama baik, kenapa tidak pergi sahaja ke Masjid Negara buat ’sumpah laknat?’ supaya orang percaya mereka tidak terlibat dan bersekutu atau ‘accomplished.’ Kita bukan menuduh, cuma ingin tahu kebenarannya sahaja.

No comments:

Post a Comment