kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Tuesday, August 11, 2009

Coretan Hidup

Hidup ini satu perjalanan yang.....panjang,berliku,penuh cabaran.Adakalanya terpaksa berdiri,kekadang berlari terkejar-kejar,paling seronok bila kita di atas (jadi boss ler) boleh cakap apa saja yang kita suka.Biarlah orang nak kata apa...pedulikan.Kaki ampu akan memainkan peranan,barulah wayang tambah meriah.Tapi baka kata pepatah "kalau mendongak ke langit,jangan lupa rumput di bumi...takut nanti terpijak tahi lembu"...Pengalaman mendewasakan kita,walaupun adakalanya pahit tapi ia tetap satu ilmu buat kita.Sebelum kita leka dan alpa,tanamkanlah dalam minda "langit tak selalu cerah" dan sentiasa beringat dan waspada.
Ibarat pusingan roda....tatkala di bawah....sendiri mau ingat.Walau apa pun setiap musibah itu pasti ada hikmahnya...yang penting hidup ini mesti diteruskan.

1 comment:

  1. Salam,

    Sentiasalah bersyukur & ikhlas dengan nikmat tuhan.
    Insyaalah semuanya kan baik sahaja!

    ReplyDelete