kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Monday, August 17, 2009

Nostalgia

Alhamdulilah akhirnya siap juga projek aku (projek kecik aje-buat pagar rumah).Walaupun tak seberapa tapi aku tetap bersyukur kerana dapatlah duit sikit.Maklumlah zaman sekarang ni semuanya serba-serbi duit.Lepas ni kena cari projek lain pula.
Hari ni rasa letih sangat,dah dua hari aku kerja keras.Mata pula rasa pedih,ni mesti pasal aku welding tak pakai gogal.Cerita pasal welding teringat semasa kerja kilang dulu,macam-macam ada.Sahabat,teman,kawan dengan berbagai ragam,gelagat dan perangai.Kekadang tu ada yang bikin hati panas,buat kutersenyum ketawa,memeningkan kepala,menambah ilmu didada dengan tunjuk ajar yang berguna serta memudahkan urusan kerja.Nak sebut nama bukan tak ingat atau terlupa tetapi terlalu ramai,takut sampai pagi pun tak habis tulis.Emm..aku doakan korang maju dan berjaya terutama geng-geng Tanjung Malim."KITA BUAT DIA,BUKAN DIA BUAT KITA".Kalau ada ilmu pengetahuan yang kutinggalkan,manafaatkanlah dan sebarkanlah.Ingat...jangan kedekut ilmu.
Lama juga aku kerja kilang.Pejam celik hampir 13 tahun dan akhirnya aku pun meninggal.....kan tempat cari makan tu.Saya dah kawan-kawan bila lagi?Tapi kalau nak blah paling penting jangan takut gagal..belum cuba belum tau maa..Jangan jadi katak dalam kolam,ada siang ada malam tapi dunia dia cuma kiri kanan depan belakang sekitar kolam saja,walhal dunia ni luas lagi.

No comments:

Post a Comment