kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Wednesday, August 26, 2009

Kenangan Jelapang Ipoh Mali -1

Memang sukar nak kulupakan.Tak tau nak kategorikan apa..pahit getir ker..suka duka dan tah apa-apa lagi..manis pun ada kot.Hiap Hoong Ind...bila pergi kerja aku terpaksa kuatkan semangat,paling penting mental.Kalau diikut-ikutkan boleh masuk Tg.Rambutan (tempat pun tak jauh tu).Memang rumit dan perit rasanya dengan kerenah bebudak, ditambah lak mulut boss yang tersangat laser (tak henti-henti menembak aje kojenye) pantang jumpa ada saja yang tak kena.Semasa aku datang temuduga,rasanya dia punya gigi lagi lembut dari kain sutera (biasa ler tu..) abis aku pun tangkap syok ler.Dipendekkan cerita aku pun datanglah melaporkan diri tiga minggu selepas ditemuduga.Bermulalah kisah dan lembaran baru dalam hidupku.
Hari pertama aku disambut oleh Mr.Loo, orangnya cukup baik dan ada unsur lawak macam Mr.Bean pula tu..kira okey ler.Aku dibawa tawaf kilang dan berkenal-kenalan dengan staff lama (yang dikategorikan otai) serta yang baru (yang sewaktu dengannya) sama macam akulah senang cakap.Kat opis panjang lebar Mr.Loo berceramah.. mengalahkan Mat Sabu.Kami lak angguk-angguk geleng-geleng macam pokok ditiup angin (mengantuk sebenarnye) budak baru ler katakan.Aku diberi mandat menjaga bahagian kimpalan dibantu saudara Sam sebagai pembantu teknikal kualiti.Tugas aku memastikan pengeluaran bahagian kimpalan beroperasi dengan sebaiknya termasuklah pekerja,mesin,material,5's,safety dan segala apa jua yang sewaktu dengannya.Keadaan persekitaran kilang masa tu memang sangat teruk macam bangunan yang baru kena gempa bumi.Kalau panggil Mek Indon mengemas dah tentu merayu dia nak balik kampung.Material berterabur sana-sini,mesin dan robot lak tak pernah mandi. Jig macam tukun,kalau buang ke laut bukannya ikan seronok silap haribulan ikan semua naik darat muntah-muntah.Barangan reject tinggi macam menara KL,kalau timbang jual besi buruk boleh beli dua unit rumah banglo + BMW siap supirnya dapat extra lagi tukang kebun dari Mongolia dan pak guard askar pencen.Dari segi teknologi boleh lah...ada gak robot welding motorman Yaskawa model lama dan terbaru tapi tak dijaga dan bersawang,itu pasal nampak macam besi buruk.Bab tu aku tak risau sebab aku dikategorikan sebagai robot specialist (cakap je lu mau macam mana,tara sombong punya),mesin welding dan spot welding pun macam tu juga tapi aku tak goyang tak heran bin ajaib.Bagi aku semua tu tarak hal punya,pasal aku dah khatam tutup mata pun boleh selesai (tutup sebelah aje ler...)
Tapi bila aku diperkenalkan dengan supervisor bahagian kimpalan,aku rasa lain macam jer...hati rasa tak sedap.Orangnya dah berumur lingkungan 50 an.Rambut pun dah macam mat salleh.Kerja kat situ pun dah lama dan boleh pakai pangkat bapak Otai.Aku pun respect ler walaupun bahasa tubuhnya menceritakan seolah-olah tak menyenangi kehadiranku...... tapi aku buat bodoh saja.Bagi aku dia cari makan aku pun cari makan.Lagi pun tak baik aku berprasangka buruk dengannya kerana agama kita menuntut agar berprasangka baik betul tak...

Ikuti kelentong aku selanjutnya....

No comments:

Post a Comment