kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Sunday, November 8, 2009

Bina dan Roboh Jambatan Kg.Papas



Sesuatu yang musykil dan mendatangkan keraguaan serta menjadi tanda tanya apabila sebuah jambatan dibina di bawah Program Pembangunan Persekutuaan yang nilai projek Rm 50,000.00 kos pembinaannya dan telah diguna pakai penduduk di kampung Papas selama lebih kurang tujuh bulan terpaksa diroboh semula atas alasan tuan punya tanah telah mengemuka notis saman tuntutan gantirugi sebanyak Rm 100,000.00.Pelbagai persoalan timbul antaranya; Bagaimana projek tersebut boleh lulus tanpa persetujuaan tuan tanah?Apakah tiada perincian tentang hak milik dan status tanah?Kenapa projek yang bernilai puluhan ribu diurus dengan sebaiknya sehingga menyebabkan kerugiaan dan pembaziran?Siapa yang salah Pemaju atau Kerajaan?
Mungkin ini adalah perkara biasa atau bagi sesetengah orang hanya kes terpencil,tetapi logikah dari segi akal berlaku kesilapan teknikal.Begitulah biasanya jawapan yang biasa kita dengar daripada pihak yang berkenaan.Amat janggal sekiranya berlaku kesilapan kerana setiap projek akan melalui prosuder yang telah ditetapkan.Saya tiada pengalaman berkhimat dalam kerajaan tetapi pernah berkhimat dalam sektor swasta selama 14 tahun.Mungkin tidak sama tetapi rasanya tidak banyak berbeza dalam pengurusan projek serta perbelanjaan kewangaan.Semuanya akan melalui kajian,pemeriksaan dan kelulusan.Apakan mereka yang terlibat ini tidak profesional atau sambil lewa,atau mungkin jua telah mendapat imbuhan tertentu sehingga menyebabkan mata buta dan telinga pekak semasa menjalankan tugas.Pelbagai tomahan dan persepsi akan timbul ekoran daripada kecuaian tersebut.Ingat dan tanamkan dalam minda segala wang kerajaan yang dibelanjakan adalah wang rakyat.Jangan berselindung di balik slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan",walhah lain cerita sebaliknya.
Campurtangan pihak SPRM dalam kes ini amat dialu-alukan agar cerita yang sama tidak berulang kembali.Mereka yang terlibat haruslah disiasat dan sekiranya terbukti berlaku penyelewangan dibawa ke muka pengadilan.Terlalu banyak perkara yang menjadi tanda tanya dalam kes pembinaan jambatan itu.Sebagai rakyat Malaysia dan penduduk Daerah Kecil Membakut saya amat berharap SPRM dapat membongkar apa yang tersirat dan tersurat dalam isu jambatan Kg.Papas dengan penuh ketelusan.

1 comment:

  1. Kalau la kes ni betul saya pun berharap ia diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete