kaki melangkah walaupun lesu,meskipun hari menghampiri senja perjalanan harus kuteruskan.Onak duri yang kutempuhi adalah cabaran..
andai terjatuh pasti kubangkit semula selagi kudrat termampu....
.

Tuesday, November 24, 2009

BORANG SUBSIDI BERAS RAKYAT DIJUAL?


PDF Print E-mail


JUAL… Mantan KK Lampag bin Kurias menunjukkan borang SUBUR yang dijual pekedai dengan harga 50 sen sekeping.

Oleh: MAIL MATHEW

BORANG permohonan baucer beras bersubsidi (Subur) boleh diperolehi daripada mana-mana Pejabat Parlimen di sesuatu kawasan Parlimen, Pejabat Daerah, JKKK atau Unit Kawaselia Padiberas Negara di Kota Kinabalu secara percuma, sebaliknya tidak ada arahan untuk mengurusniaga boring-borang berkenaan di mana-mana kedai runcit sepertimana dakwaan sesetengah pihak.

Kakitangan dalaman Unit Kawalselia Padiberas Negara Kota Kinabalu, dipetik sebagai berkata demikian ketika dihubungi Sabahkini.net bagi mendapatkan kepastian unit itu sama ada borang permohonan subsidi beras untuk rakyat (SUBUR) boleh diurusniaga.

Bagaimanapun usaha untuk menghubungi Pegawai Unit itu gagal kerana telah difahamkan bahawa beliau kini sedang bercuti.

Kakitangan tersebut seterusnya berkata, sesiapa yang ingin mendapat maklumat lanjut berhubung penghantaran borang yang telah lengkap diisi, mereka boleh menghantar terus ke Pejabat Parlimen mahu pun Pejabat Daerah berkenaan atau jika ada keraguan boleh terus menghubungi Unit itu melalui talian 088-316943 waktu pejabat.

“Unit ini akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana peniaga yang mengambil kesempatan mengurusniagakan borang permohonan SUBUR…kerana kita hanya edarkan borang itu kepada pihak pihak tertentu sahaja dan bukan kepada pekedai atau pembekal,” jelas Pegawai itu.

Kenyataan kakitangan unit itu sebagai maklumbalas terhadap rungutan mantan Ketua Kampong (KK) Lampag bin Kurias, 59, selaku jurucakap kepada para pengguna di sini yang tidak berpuas hati dengan kelibat para pekedai runcit yang seolah-olah ingin memeras hak pengguna daripada mendapatkan bekalan beras harga murah bersubsidi.

“Saya bukan mempertikaikan berapa jumlah caj tambahan kerana membuat permohonan SUBUR tapi kami seolah-olah diperbodohkan peniaga yang mengambil kesempatan menjual borang difotostat dengan harga 50 sen, sedangkan borang boleh didapati Pejabat Daerah atau JKKK,” tegas Lampag.

“Tetapi..apa yang kami tidak bersetuju sikap pekedai itu, dia suruh kami beli belah di sana terlebih dahulu, kemudian baru diberikan borang,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menggesa Pejabat Parlimen mahu pun Pejabat daerah supaya mengedarkan borang-borang berkenaan kepada para JKKK, supaya para pengguna mudah untuk memperolehinya dan tidak lagi diperbodohkan oleh pekedai.

No comments:

Post a Comment